Berikan hadiah terbaik untuk insan tercinta dengan Badal Haji.

Di manalah syurga kalau bukan di bawah tapak kaki seorang ibu.
Apalah erti pengorbanan kalau bukan seorang ayah yang membanting tulang seharian demi mencari sesuap nasi.
Sibuk menjamin kesejahteraan keluarga, mereka mengorbankan peluang mereka untuk berkunjung ke Tanah Suci.
Segalanya demi mendahulukan perbelanjaan untuk anak-anak yang dikasihi.
Apabila usia mereka sudah sampai ke waktu senja, mereka sudah tidak lagi punyai kudrat atau masa untuk menjalankan ibadat Haji mahupun umrah.
Kemudian mereka pergi menghadap Yang Esa, sebelum sempat mereka merasai kemanisan beribadat di Tanah Suci.
Sebagai anak yang soleh atau solehah, kita perlulah memastikan kesejahteraan mereka di akhirat kelak.
Dengan upah Haji, dapatlah kita membantu mereka untuk melengkapkan rukun Islam yang ke lima walaupun setelah mereka pergi meninggalkan kita.
Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang beriman.

InsyaAllah.

Apa Itu Upah Haji atau Badal Haji?

Ibadah Badal Haji adalah bermaksud upah haji yang dibenarkan oleh Islam bagi mereka yang telah uzur atau telah meninggal dunia.

Jika seseorang itu belum mengerjakan ibadat haji ketika hidup sedangkan ia mampu, maka wajib bagi warisnya mengerjakan badal haji untuknya dari harta pusakanya. Jika dia belum mengerjakan ibadat haji kerana tidak mampu, maka adalah sunat bagi warisnya mengerjakan badal haji untuknya dari harta pusakanya, atau dari harta si waris itu sendiri.

Hukum Pelaksanaan Badal Haji

Hukumnya diharuskan oleh Syarak menurut jumhur fuqaha berdasarkan hadith daripada Nabi ﷺ:

– حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ أَبِي بِشْرٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ -رضي الله عنهما-: “أَنَّ امْرَأَةً مِنْ جُهَيْنَةَ جَاءَتْ إِلَى النَّبِيِّ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- فَقَالَتْ: إِنَّ أُمِّي نَذَرَتْ أَنْ تَحُجَّ فَلَمْ تَحُجَّ حَتَّى مَاتَتْ، أَفَأَحُجُّ عَنْهَا؟ قَالَ: نَعَمْ حُجِّي عَنْهَا، أَرَأَيْتِ لَوْ كَانَ عَلَى أُمِّكِ دَيْنٌ أَكُنْتِ قَاضِيَةً؟ اقْضُوا اللَّهَ، فَاللَّهُ أَحَقُّ بِالْوَفَاءِ”.

Maksudnya: Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA : Seorang wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah ﷺ dan berkata: “Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk menunaikan haji, apakah aku perlu menunaikan haji bagi pihaknya?”. Jawab Baginda : “Ya,tunaikanlah haji untuknya. Apa pandangan kamu kalau ibu kamu berhutang, apakah kamu perlu melunaskannya?”. Jawabnya : “Ya”. Sabda Baginda : “Tunaikanlah hutang Allah dan hutang Allah lebih berhak untuk dilunaskan.

Hikmah Melakukan Badal Haji

  1. Memberi peluang kepada orang sakit yang tidak ada harapan sembuh dapat mengupah orang lain mengerjakan haji bagi pihaknya.
  2. Orang tua yang hilang upaya dapat mengupah orang lain menegerjakan haji bagi pihaknya.
  3. Memberi peluang kepada anak atau ahli keluarganya berbakti kepada ibu bapa atau keluarga yang telah meninggal dunia.

Siapa yang bakal membantu dalam melaksanakan Badal Haji?

Ibadah badal haji tersebut dilakukan oleh mereka yang telah biasa melakukan ibadah badal haji serta penduduk dan  pejalar-pelajar Islam di Madinah dan Mekkah.

Cenderahati

Dengan mengambil pakej ini, anda akan menerima :

★ 1) Sijil Badal Haji
★ 2) Air Zamzam (2 liter)
★ 3) Sejadah Berkualiti
★ 4) Serban / Tudung Kepala
★ 5) Minyak Attar

Yang boleh dipos ke alamat waris setelah selesai semua urusan dilaksanakan.( Kecuali air zam-zam)
Juga apabila selesai melaksanakan upah haji & umrah haji, Satu Tahlil dan Kenduri Arwah untuk semua arwah2 yang diupah melalui mereka akan diadakan di kediaman/penginapan Ustaz.

Kenapa Pilih Perkhidmatan Badal Haji Kami?

Syarikat Berdaftar

Syarikat Pengelola Umrah Yang Mempunyai Pengalaman Luas Serta Berdaftar Dengan MOTAC, LKU 0381, IATA, MATTA, BUMITRA, PAPUH Dan Mempunyai Sijil ISO 9001:2008

Pembadal Bertauliah

Pelaksana Upah Haji Dilakukan Oleh Permastautin Tetap Mekah, Pekerja Di Haramain, Warga Nusantara Di Mekah, Dan Pelajar Universiti Tempatan.

Servis Profesional

Servis Yang Pantas Dan Profesional. Penerima Anugerah “Outstanding Umrah and Hajj Award 2016″. Semua Urusan Direkodkan Dan Mempunyai Invois Serta Resit Pembayaran.

Harga Termurah

Harga Kami Paling Kompetitif Dipasaran Dengan Perkhidmatan Yang Terbaik Dan Profesional. Yang Pasti Harga Kami Tiada Caj Yang Tersembunyi

Bayaran Mudah

Proses Bayaran Ansuran Diterima Untuk Memudahkan Urusan Anda. Bayaran Pendahuluan RM500 semasa mendaftar dan baki bayaran sebelum bermulanya Musim Haji.

Perlaksanaan Terus

Kami Berurusan Terus Dengan Pembadal Yang Bertauliah Yang Kami Kenali. Tiada Orang Tengah Dalam Urusan Kami Demi Menjaga Intergriti Dan Ketelusan Ibadah.

 

Bagaimana Cara Mendaftar?

★ Boleh dilakukan secara online di lelaman  www.syazatravel.com.my
★ Daftar di Pejabat kami di Ampang. Selangor atau Kota Bharu, Kelantan.
★ Anda juga boleh hubungi Wakil Jualan kami diseluruh negara.
★ Sila hubungi kami di talian +603 4296 2019  / +6011 400 16878

Semoga Allah s.w.t menerima Ibadah Badal Haji tersebut serta mengabulkan segala doa-doa yang disampaikan dan menempatkan Almarhum / Almarhumah dikalangan para Nabi serta orang-orang Soleh & Solehah di Syurga kelak.

Amin Ya Rabbal A’lamin.

Akad (Ijab dan Qabul)

Sila Lafaskan Akad (Ijab dan Qabul) Badal Haji atau Umrah seperti berikut. Ijab dan qabul ini dilakukan sebagai salah satu persetujuan di antara bakal pelaksana dengan pihak yang diwakilkan dan merupakan salah satu syarat badal haji yang wajib dipatuhi. Waris si mati atau pihak yang mewakilkan:

“Aku mewakilkan Syaza Travel & Tours Sdn Bhd untuk mengerjakan fardhu haji bagi diriku/ ibuku / bapaku / suamiku / isteriku / anakku pada tahun ini kerana Allah Taala”. 

Anda boleh juga gunakan borang pendaftaran Upah Haji atau Upah Umrah secara online dan melafaskan Akad (Ijab dan Qabul) semasa menghantar dengan menekan butang dibawah

Video Berkaitan Badal Haji


Klik Untuk Tonton