Soalan Lazim Berkaitan Badal Haji

Sila baca FAQ kami sebelum menghantar mesej kepada kami.

Apakah maksud badal haji/upah haji?

Badal ertinya “Ganti”, “Pengganti”, atau yang “Digantikan”. Menganti oleh kerana mempunyai penyakit yang tidak ada harapan sembuh seperti penyakit kronik yang disahkan oleh doktor, usia tua (uzur) atau kematian ( berkemampuan dari segi kewangan semasa hayatnya.

Apakah dalil upah haji?
  1. Haji adalah salah satu rukun Islam. Ia disenaraikan bersama dengan mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan berpuasa pada bulan Ramadan.</p>
    <p>Kefarduannya jelas berdasarkan al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w. Firman Allah dalam surah Ali Imran, ayat 97 bermaksud: (Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkar akan kewajipan ibadah haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk).
  2. Hadis Abdullah bin Abbas meriwayatkan bahawa seorang wanita dari Khas`am datang menemui Nabi s.a.w. dan berkata: “Wahai Rasulullah! Di antara amalan-amalan yang difardukan oleh Allah ke atas hamba-Nya ialah haji yang dikenakan ke atas bapa saya yang sudah tua dan tidak mampu menaiki kenderaan untuk melakukannya, bolehkah saya berhaji untuknya?” Jawab Rasulullah s.a.w.: ”Ya!” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Siapakah pelaksana yang boleh menunaikan upah haji?

Pelaksana yang &nbsp;boleh menunaikan upah haji adalah mereka yang telah menunaikan haji untuk dirinya terlebih dahulu. Jika pelaksana haji tidak menunaikan haji bagi dirinya sebelum itu,, maka haji tersebut tidak sah.

Apakah Syarat Badal Haji?

Syarat-syarat seperti berikut:

  1. Tidak sah badal haji bagi seseorang yang mampu melaksanakannya.
  2. Sah badal haji &nbsp;kepada mereka yang telah meninggal dunia dan mampu melaksanakan semasa hidup, orang yang sakit tidak ada harapan sembuh seperti penyakit kronik, hemodelisis dan lain-lain atau mereka tidak ada keupayaan untuk melaksana ibadat haji.
  3. Tidak harus seseorang itu melakukan badal haji kepada orang lain kecuali dia telah menunaikan haji untuk dirinya sendiri.
  4. Sah bagi wanita mengambil upah haji untuk lelaki dan sebaliknya.
  5. Bila mati seseorang itu dan dia memiliki wang, maka selayaknya dia dihajikan dengan diupah kepada orang lain dengan menggunakan wangnya sama ada dia berwasiat ataupun tidak.
  6. Seseorang yang meninggal dunia yang mempunyai wang dan hartanah maka selayaknya dibadalkan dengan mengunakan hartanya sama ada ia berwasiat atau pun tidak.
  7. Meraka yang mempunyai penyakit yang tidak ada harapan sembuh contohnya :-
  • Kencing manis tahap kritikal
  • Sakit yang perlu pada hemodealisis

 

Meraka yang mempunyai penyakit yang tidak ada harapan sembuh contohnya :-

Bagaimana cara untuk melaksanakan upah haji dengan Syaza Travel & Tours Sdn Bhd

Bagaimana Cara Mendaftar?

★ Boleh dilakukan secara online di lelaman  www.syazatravel.com.my
★ Daftar di Pejabat kami di Ampang. Selangor atau Kota Bharu, Kelantan.
★ Anda juga boleh hubungi Wakil Jualan kami diseluruh negara.
★ Sila hubungi kami di talian +603 4296 2019  / +6011 400 16878