Upah Haji, hadiah terbaik untuk insan tercinta

Upah Haji ialah mengupah seorang yang telah pun menunaikan fardhu haji untuk dirinya sendiri dengan sempurnanya untuk melakukan fardhu haji bagi orang lain pula.

Orang lain itu maksudnya samada telah meninggal dunia yang berupaya semasa hidupnya, tetapi tidak mengerjakan haji atau orang yang mempunyai cukup syarat wajib haji tetapi tidak mampu mengerjakan hajinya sendiri kerana keuzuran (sakit) yang tiada harapan untuk sembuh atau terlalu tua umurnya dan tidak mampu dari segi kesihatan untuk pergi sendiri menunaikan fardhu haji di Tanah Suci.

1. Mengapa upah haji adalah pemberian terbaik?

Hukumnya diharuskan oleh Syarak menurut jumhur fuqaha berdasarkan hadith daripada Nabi ﷺ:

– حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ أَبِي بِشْرٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ -رضي الله عنهما-: “أَنَّ امْرَأَةً مِنْ جُهَيْنَةَ جَاءَتْ إِلَى النَّبِيِّ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- فَقَالَتْ: إِنَّ أُمِّي نَذَرَتْ أَنْ تَحُجَّ فَلَمْ تَحُجَّ حَتَّى مَاتَتْ، أَفَأَحُجُّ عَنْهَا؟ قَالَ: نَعَمْ حُجِّي عَنْهَا، أَرَأَيْتِ لَوْ كَانَ عَلَى أُمِّكِ دَيْنٌ أَكُنْتِ قَاضِيَةً؟ اقْضُوا اللَّهَ، فَاللَّهُ أَحَقُّ بِالْوَفَاءِ”.

Maksudnya: Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA : Seorang wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah ﷺ dan berkata: “Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk menunaikan haji, apakah aku perlu menunaikan haji bagi pihaknya?”. Jawab Baginda : “Ya,tunaikanlah haji untuknya. Apa pandangan kamu kalau ibu kamu berhutang, apakah kamu perlu melunaskannya?”. Jawabnya : “Ya”. Sabda Baginda : “Tunaikanlah hutang Allah dan hutang Allah lebih berhak untuk dilunaskan.

2. Pahala Badal Haji

Pahala seorang anak mengerjakan upah haji untuk kedua orang tuanya yang telah meninggal dunia.
  • Dari Ibnu Abbas ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak kedua ibubapanya atau melunaskan hutang mereka maka dia akan dibangkitkan di Hari Kiamat bersama dengan Al-Abrar (orang-orang yang dekat dengan Allah swt).
  • Dari Jabir bahawa Rasulullah SAW bersabda, Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak ayahnya atau ibunya maka dia telah menyempurnakan Hajinya dan mendapat pahal asepuluh Haji.
  • Dari Zaid bin Arqam bahawa Rasulullah SAW bersabda, Apabila seorang lelaki itu mengerjakan Haji untuk kedua ibubapanya maka akan diterima ibadah Haji tersebut dari dia dan dari kedua ibubapanya serta disampaikan berita gembira kepada roh ibubapanya dan ditulis di sisi Allah sebagai satu kebajikan.
  • Hadis ini bermaksud anak tersebut mengerjakan haji sebanyak dua kali, sekali untuk ayahnya dan sekali untuk ibunya maka dia dapat melunaskan kewajipan Haji ibu dan bapanya serta dia mendapat pahala dari ibadah hajinya itu.

3. Kenapa Pilih Perkhidmatan Badal Haji Kami

Kami memahami keperluan anda dan memberikan perkhidamatan yang berkualiti.

  1. Syarikat
    Berdaftar. Syaza travel & Tours merupakan ahli berdaftar dengan MATTA dan BUMITRA dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa, IATA merupakan salah satu akreditasi yang paling berprestij dalam industri pelancongan.
    Pelaksana Diyakini. Upah Haji Dilakukan Oleh Permastautin Tetap Mekah, Pekerja Di Haramain, Warga Nusantara Di Mekah, Dan Pelajar Universiti Tempatan.
  2. Servis Yang Pantas Dan Profesional dari staf yang berpengalaman. Semua Urusan Direkodkan Dan Mempunyai Invois Serta No Siri Resit Pembayaran. Kami adalah sebuah organisasi diuruskan secara professional dengan penganugerahan sijil akreditasi ISO 9001:2008. Kami juga telah diiktiraf sebagai penerima anugerah “Outstanding Umrah and Hajj Award 2016” oleh Al Haramain Academy, sebagai syarikat yang paling menonjol dari segi pencapaian dalam menguruskan para jemaah dan pengurusan syarikat.
  3. Tiada Caj Tersembunyi
  4. Proses Bayaran Ansuran Diterima Untuk Memudahkan Urusan Anda.
  5. Tiada Orang Tengah.

4. Al-Ihjaj

Antara sebab / perkara yang membolehkan Badal Haji dilaksanakan oleh wakil / pihak tertentu berdasarkan syarak, adalah: 1) Meninggal dunia; 2) Keuzuran (dialysis, coma, stroke, alzheimer, etc)

5. APAKAH DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Untuk Badal Haji kami perlukan nama simati, no kad pengenalan dan nama ibu simati

6. Pelaksana Badal Haji

Pelaksana badal telahpun / pernah menunaikan ibadah haji untuk diri sendiri. Sekiranya pelaksana badal tersebut belum pernah mengerjakan haji, maka ibadah tersebut dianggap dilakukan untuk dirinya sendiri tanpa mewakili orang yang diupah.

7. Syarat Sah Badal Haji

Mendapatkan keizinan daripada individu yang tidak mampu melaksanakan ibadah haji (jika masih hidup). Kos perbelanjaan ataupun upah badal haji terbahagi kepada dua iaitu: Sekiranya individu tersebut masih hidup, kos perbelanjaan badal haji tersebut diambil daripada hartanya; sekiranya telah meninggal dunia, kos upah tersebut boleh diambil daripada harta peninggalan arwah.

8.Bagaimana Mendaftar?

★ Boleh dilakukan secara online di lelaman  www.syazatravel.com.my

★ Daftar di Pejabat kami di Ampang. Selangor atau Kota Bharu, Kelantan.

★ Anda juga boleh hubungi Wakil Jualan kami diseluruh negara.

★ Sila hubungi kami di talian +603 4296 2019  / +6011 400 16878

9. Akad (Ijab dan Qabul)

Ijab dan qabul ini dilakukan sebagai salah satu persetujuan di antara bakal pelaksana dengan pihak yang diwakilkan dan merupakan salah satu syarat badal haji yang wajib dipatuhi. Waris si mati atau pihak yang mewakilkan: “Aku mewakilkan engkau untuk mengerjakan fardhu haji bagi diriku/ ibuku /bapaku/ anakku pada tahun ini kerana Allah Taala”. Pelaksana badal haji: “Aku terima wakil untuk mengerjakan fardhu haji bagi dirimu/ ibumu /bapamu/ anakmu pada tahun ini kerana Allah Taala”.

10. Hukum Pelaksanaan Badal Haji

Berdasarkan jumhur ulamak dari kalangan mazhab Asy-Syafie, Hanafi dan Hanbali hukum melaksanakan badal haji ini adalah diharuskan di sisi syarak.

Daripada Ibnu Abbas RA, beliau berkata yang bermaksud:

“Seorang perempuan dari puak Khath’am telah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya: Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah SWT telah memfardhukan ibadah haji ke atas hamba-hamba-Nya ketika bapaku telah lanjut usia dan tidak lagi mampu untuk bermusafir (menunaikan haji). Adakah aku wajib menqadhakan ibadah tersebut bagi pihaknya? Rasulullah SAW menjawab: Ya”.

11.